
MUSLIMCocoa – Minuman Berkhasiat Tinggi. Serbuk Minuman KOKO Pracampur dengan TAMAR
Nabi s.a.w. telah bersabda: Sesiapa yang memakan tujuh biji buah tamar Ajwah setiap pagi, racun dan masalah susah tidur tidak akan memudaratkannya pada hari itu. (Bukhari-Muslim)
Buah kurma atau dalam bahasa Arab, TAMAR adalah dari jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang.
KAJIAN SAINTIFIK TAMAR :
Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
Kandungan gulanya 50 hingga 57 % adalah glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta.
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolestrol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi.
Melalui petua tertentu, Kurma dikatakan menambah tenaga batin.
KAJIAN SAINTIFIK KHASIAT KOKO :
Koko menyumbang kepada pemakanan yang seimbang. Kandungan lemak dalam koko bererti minuman koko dapat menyumbang lebih tenaga berbanding dengan minuman kopi atau teh.
Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat dan theobromine dan kafein (masing-masing lebih kurang 2 peratus dan 0.1 peratus dalam serbuk koko) pula bertindak sebagai perangsang selain sebagai minuman panas. Pernah dinyatakan bahawa penghadaman susu bertambah baik dengan adanya koko yang bertindak membantu mengubah pembentukan susu beku di dalam perut.
Kesan antioksida polyphenols dalam koko : Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan yang paling penting didapati dari koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat.
Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan : Daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa polyphenols dapat menghalang perubahan sikap emosi di bawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.
Koko melambatkan proses penuaan : Penuaan adalah salah satu proses ynag mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas di mana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam coklat.
KELEBIHAN MINUMAN KOKO MUSLIMCocoa :
Diadun dengan Serbuk Koko TULEN yang bermutu tinggi.
Diperkaya dengan Khasiat Buah Tamar yang HEBAT.
Campuran Dihasilkan dari Kilang Milik 100% Pengusaha MUSLIM.
Suci, Bersih lagi HALAL.
ENAK lagi LAZAT, baik disediakan panas mahu pun sejuk.
4 DALAM 1
Diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, tamar mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan tamar akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."
No comments:
Post a Comment