Ros Pensyarah Kanan IPTA , Cheras
Saya telah mencuba untuk memberi minuman Genius Coco Plus ini kepada anak anak saya. Saya beri anak perempuan saya yang berumur 11 tahun minum 1 sachet pagi dan petang untuk 3 minggu. Perut dia berasa kenyang bila minum Genius Coco Plus ni. Setelah 4 hari minum dia bertenaga dan suka akan rasa coklatnya. Selepas 4 hari minum dia berasa mengangtuk dan berlarutan sehingga 2 minggu, ini disebabkan toksik dan radikal bebas sedang keluar dari badan melalui pembuangan air besar dan air kecil.
Setelah minum pada minggu ke 2 hingga ke minggu ke 3, bangun pagi senang sikit tetapi rasa mengantuk tadi sudah mula berkurangan. Perwatakannya berubah menjadi rajin seperti membaca Al-Quran dan rajin membasuh pinggan mangkuk di dapur tanpa disuruh. Dari segi pelajaran pula, dia menjawab soalan peperiksaan senang sikit dari yang sudah. Dia memang ada resdung dan ia mula keluar pada minggu kedua dan berkurangan pada minggu ketiga.
Anak lelaki saya yang berumur 8 tahun pula, adalah seorang hyper aktif dan mengalami autisme yang tidak bercakap. Pada mulanya saya beri dia minum 1 sachet pagi dan petang tetapi ia cirit dan saya berhentikan selama seminggu. Selepas itu saya bagi pula 1 sachet pada sebelah petang dan perhatikan ia tidak cirit tapi perutnya mesti penuh. Pada minggu ketiga, saya perhatikan sekarang dia berdisiplin. Kalau duduk dalam kelas dia duduk senyap agak lama dari biasa.
Manakala anak perempuan saya yang berumur 6 tahun pula tidak boleh minum pagi sebab rasa mual nak muntah tapi saya bagi pada petang dan malam ia tidak rasa mual nak muntah. Setelah dia minum untuk 2 minggu, saya lihat ada peningkatan dalam pelajaran pada minggu ketiga minum. Dia ada rasa mengantuk. Perwatakannya berubah kalau kita suruh buat sesuatu. Dulu nak kejut bangun tidur pagi susah tetapi setelah 2 minggu senang kejut sikit. Di sekolah kalau ada orang sakat atau usik dia selalu menangis tetapi sekarang sikapnya berubah berani untuk lawan balik apa yang kawan dia usik tidak lagi diam dan menangis. Mulut dia banyak bercakap sekarang, sehingga ia boleh menggunakan kosa kata yang menjangkaui umurnya.
No comments:
Post a Comment