Saturday, May 29, 2010

Testimoni Ambar Kenanga

TESTIMONI

Puan Nor Afidah Binti Kadri, Kuantan Pahang
Saya melahirkan anak ke 4 pada 26/8/07 dan telah mengamalkan Set Bersalin IBU dan sepanjang mengamalkan set ini saya tidak perlu pakai pilis atau apa-apa pemakaian luaran sepanjang tempoh berpantang. Malah seminggu selepas bersalin bidan mengatakan batu meroyan saya telah kecut sepenuhnya tanpa perlu diurut. Malahan kotoran seperti darah dan lendir telah keluar dengan banyaknya menyebabkan saya rasa dalaman saya begitu bersih. Tubuh badan saya berasa amat segar dan selesa dan juga tidak mendatangkan kesan yang tidak baik pada bayi saya.

Puan Siti Jumana , Klang
Sukar dipercayai setelah menggunakan produk Set Bersalin Ibu dapat mengembalikan bentuk badan saya dan bertenaga berbanding pada kelahiran pertama dimana pelbagai produk telah dicuba tapi tak berhasil. Saya berterima kasih kepada Ambar Kenanga..

Puan Hasiah, Klang
Pada kelahiran anak pertama saya mengambil produk lain tetapi tidak dapat diteruskan kerana terlalu banyak pil herba yang perlu diambil dan saya rasa pening setiap kali mengambilnya. Tetapi untuk anak kedua dan anak ketiga, saya telah menggunakan Set Bersalin Ibu kerana ia sungguh berkesan walaupun ringkas. Ia menstabilkan emosi serta membuat saya rasa sungguh bertenaga walaupun penat layan kerenah anak-anak kecil saya dan berjaga malam. Tidak mengalami sembelit atau panas badan kerana saya minum JUS AMBAR dan gosok badan saya dengan Minyak AK..

Puan Ummu Mashitah, Pahang
Saya telah menggunakan Set Bersalin Ibu walaupun saya telah 3 bulan bersalin. Alhamdulilah darah hitam berketul-ketul banyak keluar, bengkak di bawah tempat pembedahan surut, perasan sedih & menangis tiba-tiba sudah berkurangan. (Testimoni melalui SMS).

Puan Mainah, Melaka
SAKIT GOUT , SENDI-SENDI & OTOT
Saya menghidap penyakit gout dan sering menghadapi kesakitan sendi-sendi & otot-otot & kesakitan badan. Kadang-kala susah untuk berjalan & melakukan kerja rumah apabila penyakit serang. Semenjak saya menggunakan setiap hari MINYAK AMBAR KENANGA dengan menyapu serta mengurut di sendi-sendi dan mengamalkan AK WANITA untuk kesihatan dalaman, saya mendapati penyakit gout saya telah berkurangan. Pada Tahun 2006 saya telah mengerjakan Umrah dan saya boleh mengerjakannya tanpa bantuan kerusi roda kerana setiap kali setiap hari selepas umrah saya akan sapu MINYAK AMBAR KENANGA dan mengamalkan AK WANITA. Yang paling saya bersyukur dan bergembira dapat mengerjakan umrah sebanyak tujuh (7) kali dan kini bertekad untuk mengerjakan haji..

Puan Norlin, Selangor
KELUMUMUR & LUKA BERKHATAN
Saya mula menggunakan MINYAK AMBAR KENANGA 4 Bulan yang lepas kerana mengalami kelumumur yang berkeping-keping & kegatalan kulit kepala yang ketara. Setelah menggunakan MINYAK AMBAR KENANGA kelumumur berkurangan & Tiada Kegatalan kulit kepala. MINYAK AMBAR KENANGA juga merawat luka berkhatan anak saya dan juga luka-luka kecil menjadikan ia cepat sembuh & kering..

Puan Siti Salwa , Puchong
ASMA, BATUK & MUNTAH-MUNTAH
Saya adalah ibu kepada anak lelaki yang sering mengalami masalah sesak nafas, batuk & muntah setiap malam. Anak Saya telah mendapatkan rawatan dihospital pakar tetapi dapati masalah tersebut tiada perubahan sekiranya tidak makan ubat. Sejak menggunakan MINYAK AMBAR KENANGA setahun yang lalu dengan menyapu MINYAK AMBAR KENANGA didada & belakang anak saya setiap hari dan lama-kelamaan sesak nafas, batuk & muntah berkurangan dan terus hilang. Saya sesungguhnya bersyukur kepada Tuhan kerana menemukan saya dengan MINYAK AMBAR KENANGA..

Puan Fazura, Teluk Gadung Kecil, Klang Selangor.
MASALAH KEPUTIHAN & MEMUDAHKAN PROSES KELAHIRAN
Ketika mengandung anak yang kelima, saya mengalami MASALAH KEPUTIHAN yang teruk dan KEDUDUKAN BAYI SONGSANG. Setelah mengamalkan JUS AMBAR masalah keputihan berkurangan dan dengan izin Tuhan selamat melahirkan anak TANPA PEMBEDAHAN. Saya juga mengamalkan produk-produk lain AMBAR KENANGA spt Set Bersalin IBU dan seterusnya AK WANITA. .

Puan Shah , Kampung Jawa. Klang.
LETIH , MENGANTUK & LESU
Anak Saya kerap mengadu keletihan dan malas serta pelupa kerana banyak tugasan sekolah dan tuisyen walaupun saya telah memberi vitamin kepada beliau. Setelah minum JUS AMBAR nampak perbezaan yang ketara dimana anak saya semakin segar dan cergas. Dan Alhamdulilah anak saya berjaya mendapat 5A UPSR pada tahun 2006 dan sehingga kini saya masih meneruskan pengamalan tersebut..

Encik Zin, Telok Pulai , Klang.
KENCING MANIS & TENAGA
Saya adalah penghidap kencing manis, selepas 3 bulan menggunakan produk mendapati kadar gula dalam darah telah menurun ke tahap normal. Saya merasa sentiasa bertenaga sepanjang hari & berpuas hati akan kesan terhadap saya..

Puan Jemiylia, Telok Gadong Kecil, Klang
Saya berusia 24 tahun dan ibu kepada seorang anak perempuan. Saya mengalami kedatangan period yang tidak menentu setelah saya berhenti mengambil suntikan perancang. Darah haid keluar sedikit sahaja dalam masa 1 hari dan tiada darah pada hari kedua. Selepas 2 bulan period saya tiada dan saya telah membuat ujian air kencing namun tidak berhasil.

Kakak saya telah menyarahkan agar saya mengambil produk Ambar Kenanga iaitu Tuju Meroyan bagi membetulkan peranakan dan AK Wanita untuk mengatasi masalah dalaman saya seperti angin, keputihan dan melancarkan peredaran darah. Suami saya juga turut mengambil AK Lasak. Pada hari kedua mengambil AK Wanita darah haid saya keluar dengan banyak. Segala masalah senggugut dan angin juga turut hilang setelah mengambil AK Wanita.

Setelah mengambil 2 botol AK Wanita, Tuju Meroyan dan AK Lasak alhamdullillah saya telah disahkan mengandung dan bakal melahirkan anak pada penghujung bulan Januari 2009 nanti. Saya pasti akan menggunakan produk Ambar Kenanga iaitu Set Bersalin IBU dan Minyak Ambar Kenanga apabila selamat melahirkan anak nanti.

Puan Noor Hajjariah, Pelabuhan Klang, Klang.
Saya berusia 26 tahun dan ibu kepada seorang anak lelaki. Memandangkan umur anak lelaki saya telah menjangkau 4 tahun maka saya ingin memiliki seorang lagi cahayamata. Kedatangan period saya tidak menentu setelah saya berhenti mengambil pil perancang. Saya telah beberapa kali membuat ujian air kenjing namun tidak berhasil. Saya pernah mengurut dan bidan mengatakan bahawa saya mengandung tetapi setelah membuat pemeriksaan di klinik doktor mengesahkan bahawa saya tidak mengandung.

Setelah disarankan oleh rakan saya untuk mencuba produk Ambar Kenanga. Saya telah mengambil Tuju Meroyan bagi membetulkan peranakan dan AK Wanita untuk mengatasi masalah dalaman saya seperti angin, keputihan dan melancarkan peredaran darah. Suami saya juga turut mengambil AK Lasak untuk memberi tenaga, melancarkan peredaran darah serta membetulkan hormon-hormon yang ada dalam badan.

Setelah mengambil 2 botol AK Wanita, Tuju Meroyan dan AK Lasak alhamdullillah saya telah disahkan mengandung dan kini sedang sarat menungu saat kelahiran bayi yang dinanti-nantikan.

No comments:

Post a Comment